• Language :

Tentang Kami

Latar Belakang dan Sejarah

UK Farming Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2003 dengan hanya 2 hektar tanah yang terletak di Parit Yaani, Johor Malaysia. Kambing Jamnapari di sini adalah diimport dari Indonesia dan perniagaan awal kami melibatkan pengeluaran susu kambing segar, daging kambing dan produk peralatan mandi komersialisasi.

Pada tahun 2006, kami berjaya mendapatkan kebenaran HACCP untuk pengeluaran susu kambing dan teknik-teknik pengeluaran susu dari Jepun. Selepas itu, pada tahun 2007 kami memperolehi 100 hektar tanah dari Kluang Modern Projek Pertanian, dan berkembang menjadi ladang domba dan menghasilkan daging domba yang dikendalikan oleh Superficient Marketing Sdn. Bhd Sekarang kita mempunyai lebih kurang 4000 domba. Spesies domba yang diternak termasuklah Domba Garut, Damara, Barbados, Santa Ines, Malin dan Dorper.

Salah satu perkembangan rancangan kami adalah mempelbagaikan cara pengurusan ladang selaras dengan projek pemodenan pertanian sempena tahun 2008, yang digalakkan oleh UK Agrotourism Sdn Bhd dan memperolehi kelulusan makanan halal. Pada tahun berikutnya, kami juga menumpukan perhatian atas pengurusan ladang markisa serta penghasilan produk markisa. Superficient Marketing Sdn Bhd telah diberikan nama UK Farm Sdn Bhd pada tahun setrusnya.

Pada tahun Jun 2010, kami berkeputusan untuk memperkembangkan perkilangan produk Buah markisa.

UK Farming Sdn. Bhd. dan anak syrikat:

  1. UK Farming Sdn. Bhd.
    Pengususan atas menyediakan produk susu kambing yang berkualiti dan perkhidmatan seperti, susu kambing segar,ais-krim susu kambing,kosmetik susu kambing dan peralatan mandi, produk kulit kambing, penternak susu kambing, pemakanan kambing dan ubat-ubatan, peralatan pertanian kambing dan aksesoris, program penternakan kambing,pengurusan pertanian kambing, pembinaan kandang kambing dan baja kambing.

  2. UK Agrotourism Sdn. Bhd.
    Sebuah resort percutian yang terletak di Kluang atas Projek Pertanian Moden, Johor. Kemudahan yang disediakan meliputi chalets pertanian, tapak perkhemahan, surau dan ruang rehat, ruang perbincangan dan pertemuan, dan bazaar pertanian, kebun binatang mini. Selain itu, pengangkutan kuda, kolam ikan dan sukan tradisional memancing,kebun buah-buahan tropika, kebun sayur organik dan jus buah-buahan dari mini kilang juga sedia ada di sini.

  3. UK Farm Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai uperficient Marketing Sdn. Bhd.)
    Penghasilan produk-produk penternakan domba dan pelbagai perkhidmatan spesies domba tempatan atau diimport. Produk dan perkhidmatan kami meliputi penternakan pelbagai domba segar, kemudahan menyembelih haiwan, kursus pertanian domba,dan kandang baja domba. Kami juga menghasilkan produk-produk dari buah markisa.

Kami lebih mengutamakan penternakan serta pembekalan kambing domba. Selain itu, kami juga menghasilkan produk yang dibuat dengan penggunaan susu kambing dan buah markisa untuk mempelbagaikan bidang industri pelancongan Agro. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami, sila klik di sini untuk merunjuk rangkaian lengkap kami.