• Bahasa :

Kambing Pembawa Nasib Baik


Kambing Etawah ini juga dikenali sebagai Kambing Jamnapari. Kambing ini telah dibawa ke UK Agro Resort dari Indonesia. Menurut sejarah, pada tahun 1947, bekas Presiden Sukarno telah membawa Kambing Jamnapari baka tulen dari Etawah, Uttar Pradesh India ke Indonesia untuk melakukan pembiakan kacukan dengan kambing tempatan. Anehnya, Kambing Etawah putih ini hanya berjaya dibiakkan di Senduro, sebuah kampung yang terletak di kaki gunung berapi. Menurut penternak tempatan, Kambing Etawah dapat membesar seberat 170kg serta membekalkan daging dan susu yang sangat berkhasiat.
Pada tahun 1956, berlakunya letusan gunung berapi di Senduro. Lebih daripada 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana itu, namun 30 penternak Kambing Etawah telah selamat. Oleh itu, Kambing Etawah dipercayai mampu membawa nasib baik dan keamanan kepada manusia.

Pada masa ini, Kambing Pembawa Nasib Baik merupakan lambang pelindungan untuk UK Agro Resort. Kami berharap Kambing Pembawa Nasib Baik dapat membawa nasib baik dan keamanan kepada kehidupan para pelancong yang datang mengunjungi.