• Bahasa :

Pengendalian dan Pemprosesan Susu Kambing


Terdapat sebuah pusat perahan susu di UK Agro resort yang menjadi salah satu tempat yang wajib dilawati oleh pengunjung. Di pusat perahan susu ini anda dapat melihat sendiri bagaimana susu di perah dan diproses. Produk susu segar kami juga mendapat pensijilan dari HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) di mana ianya mematuhi dan memenuhi piawaian tertinggi dari segala aspek kualiti penghasilan produk susu segar yang terbaik. Tambahan lagi susu segar di UK Agro Resort adalah yang pertama dan satu-satunya susu segar yang mendapat pensijilan dari HACCP di Malaysia. Susu segar kami juga mendapat pengiktirafan HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengunjung boleh mencuba untuk merasai susu segar tersebut sekiranya berkunjung ke sini. Kami juga ada menjual susu segar tersebut dan produk-produk yang berasaskan susu di pusat perahan susu ini. Datanglah berkunjung ke UK Agro Resort kerana kami menyediakan pelbagai produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik.

HACCP certificate
HALAL certificate