• Bahasa :

UK Agro Resort

UK Agro Resort terletak di bahagian selatan negeri Johor, Malaysia dalam Projek Pertanian Moden Kluang di bawah tajaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

UK Agro Resort terletak di dalam UK Farm, di mana ia mempunyai reputasi sebagai ladang penternakan kambing yang terbesar di Malaysia, dengan 130 hektar tanah penggembalaan untuk 4000 kambing. Ia merupakan sebuah ladang yang menggunakan kaedah paling moden dalam penyelenggaraan kambing. Kami juga mempunyai tanaman buah markisa dan sebuah kilang untuk pemprosesan buah markisa.

Di UK Agro Resort, matlamat kami adalah untuk memberikan pengunjung suatu pengalaman unik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika mempamerkan kaedah moden yang digunakan dalam pertanian abad ke-21. Justeru itu, kami menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran, kedai cenderamata, bilik persidangan, chalet, asrama, kawasan BBQ, pentas terbuka, tapak perkhemahan, karaoke dan lain-lain untuk memenuhi keperluan peribadi anda.

Memandangkan perjalanan ke UK Agro Resort dari Singapura hanya mengambil masa satu jam, ini menjadikannya suatu tempat yang amat sesuai bagi pelancong untuk melarikan diri dari kehidupan yang sibuk. Para pelancong juga berpeluang untuk menikmati gaya hidup yang berbeza serta dapat menerokai pelbagai jenis aktiviti rekreasi di UK Agro Resort yang tidak terdapat di bandar.




CATATAN UNTUK PENGUNJUNG KAMI:

Keselesaan dan keseronokan anda adalah sangat penting bagi kami.

Walaupun kami berusaha untuk memastikan kunjungan anda ke UK Agro Resort adalah menyeronokkan, maka kami ingin menekankan bahawa UK Farm adalah sebuah ladang yang beroperasi sepenuhnya .

Anda mungkin akan melihat pemandangan yang asing bagi anda. Anda juga mungkin menghidu bau yang tidak biasa disedut.

Tapi, kami berjanji bahawa apa yang anda alami di sini, anda tidak akan mengalaminya di tempat yang lain.

Dunia sentiasa berubah, masa masih berjalan lagi, tetapi ketawa anda akan terus bersama kami ...”